Sunday, December 17, 2023

Hafiz Norkhan Peguam Terlampau - Bhg 2


Kami terkejut, artikel pendedahan pertama kami dilayari 153 orang. Satu pencapaian besar bagi newbies macam kami.


Hahahaha…


Ada orang kata, kami YY, habis semua posting di internet YY. Komen Facebook dikata YY, dan tulisan blog YY juga kena..


Sorry Chip! Chip pulak kena jawab.


Sambungan siri Peguam Terlampau ini adalah berdasarkan kisah benar dan pengakuan ahli komuniti YYCC. 


Bagaimana Hafiz Norkhan sebotaj YY?

Kenapa Hafiz Norkhan cuba hijack YYCC?

Apa motif Hafiz Norkhan aniaya klien sendiri?


Soalan-soalan ini bermain dalam fikiran semua pembaca terutama ahli komuniti YYCC. 


Jangan ditanya siapa kami, kami mengikuti Tn. Yuseri Yusoff di Telegram sejak kes Baby Syifaa. Kami berjuang atas untuk Baby Syifaa malah YY sendiri tidak menyedari kehadiran kami.


Hafiz Norkhan melihat YYCC peluang buat duit kerana ramai golongan profesional, penjawat awam. 


Lebih kurang 10 bulan kerjasama dengan YYCC atas rekemen YY, Hafiz Norkhan berjaya meraih lebih RM100k. 


Terkejut bukan? Pendapatan itu bukan kutipan tabung komuniti tetapi klien yang hadir di Klinik Nasihat Guaman yang dikendalikan firma Hafiz Norkhan.


Hafiz Norkhan sebotaj YY melalui pengadu kes penipuan emas di Kelantan bernama Ain atau nama Facebook Aisya Safiya. 


Hafiz Norkhan menafikan pembayaran dibuat kepada YYCC dalam pengetahuannya sebanyak RM50k. Hafiz Norkhan menggunakan pengadu tersebut dan mendakwa YY tidak memaklumkan kepadanya mengenai pembayaran tersebut.


Pengadu yang terpedaya dengan Hafiz Norkhan seterusnya buat posting di Facebook dan Hafiz Norkhan menggunakan isu tersebut untuk tarik diri daripada kes Baby Syifaa.


Padahal sepanjang kerjasama semua pengadu diminta membayar kepada YYCC oleh si Hafiz Norkhan sendiri. Segala resit yang YYCC serah kepada klien diberikan dan ditunjukkan kepada Hafiz Norkhan terlebih dahulu sebelum sampai kepada klien atau pengadu.


Selepas pengakuan mangsa penipuan emas itu menjadi buah mulut orang ramai, muncul seteru YYCC mengambil kesempatan. 


Hafiz Norkhan menggunakan isu tersebut untuk menghentikan kerjasama dengan YY kononnya atas dasar prinsip.


Uwekkk.. nak muntah aku dengar! 


Selepas Hafiz Norkhan tarik diri dari kes Baby Syifaa. Dia cuba memujuk kakitangan sepenuh masa di centre YYCC untuk meninggalkan YY.


Amran, Azizi dan Khumaini dibawa serta dijamu makanan mewah oleh Hafiz Norkhan di KLCC, semua orang kuat YYCC ini ditakutkan dengan cerita Polis akan tangkap YY dan mereka turut kena bersama-sama. 


Hafiz Norkhan mahu membina pasukan seperti YY tapi tiada kemampuan. Jadi, Hafiz Norkhan mengambil jalan singkat dengan memujuk tiga kakitangan YYCC untuk bekerja di bawahnya.


Bermula daripada situ, Amran mula mendesak supaya YY selesaikan isu dengan pengadu kes emas terlebih dahulu.


Kami difahamkan YY bertegas tiada isu yang perlu dijawab atau diselesaikan kerana semua berpunca dari Hafiz Norkhan.


Amran merupakan kakitangan YY paling berusia dan di antara orang yang boleh buat YY sedikit tunduk. YY tidak akan dengar cakap orang lain kecuali Amran. 


Disebabkan Amran dipengaruhi Hafiz Norkhan, YY menunjukkan segala resit pembayaran yang telah dibuat sepanjang kerjasama antara YYCC dan Hafiz Norkhan untuk membuktikan bahawa Hafiz Norkhan berbohong. 


Segala pembayaran untuk guaman dibuat oleh YY ke akaun CIMB peribadi milik Hafiz Norkhan berjumlah RM104,000 tidak termasuk kos bagi kes Baby Syifaa. 


Resit dan bukti ada pada kami, kami paparkan kemudian untuk tatapan pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) kerana pembayaran kos guaman sepatutnya dimasukkan ke akaun firma guaman. 


Siapa hardcore YYCC yang Hafiz Norkhan guna untuk menganiaya YY. Beberapa individu Hafiz Norkhan dekati untuk menjatuhkan YY.


Cikgu June kerana dia boleh menarik sokongan guru-guru dalam YYEC, anak muda Shauqi Hadi bagi menarik sokongan bekas guru KAFA JAIS yang diberhentikan. Wan Ramli Wan Seman, dia merupakan individu pertama yang dibantu oleh YY selepas diberhentikan dari Tentera Darat. 


Ikuti sambungan siri berikutnya… bagaimana si Peguam Terlampau ini mahu membina pasukan dengan memijak kawan sendiri.


Hafiz Norkhan Peguam Sebotaj Klien

 


Siapa Hafiz Norkhan?


Dia berpengalaman 10 tahun sebagai Peguam, dan antara peguam kepada Jamal Pak Tongkol.


Masa PKP, Hafiz Norkhan jatuh terduduk kerana tiada klien, tiada job dan staff berhenti. 


Sehingga seorang rakan lama kepada Tn. Yuseri Yusoff (YY) rekemen Hafiz Norkan bagi prosiding Inkues Baby Syifaa.


YY di antara pempengaruh dalam kalangan golongan profesional yang menolak vaksin dan aktif bergerak melalui komuniti YYCC.


YYCC adalah sebuah komuniti seramai 50k ahli terdiri golongan profesional dan penjawat awam aktif melalui Telegram dan mempunyai pusat operasi atau centre yang terletak di Wangsa Maju.


Oleh kerana rakan lama rekemen maka Hafiz Norkhan dilantik sebagai Peguam bagi prosiding Inkues Baby Syifaa yang meninggal dunia di Taska dengan kesan jerutan pada leher tapi dinafikan Polis.


Difahamkan perkara pertama YY mengarahkan Hafiz Norkhan ke Bangkok, Thailand untuk bertemu dengan pakar patalogi, Dr. Pornthip. 


Rentetan berjaya mendekati YY, Peguam terlampau si Hafiz Norkhan melihat peluang besar melalui komuniti YYCC.


Lalu dicadangkan satu kolaborasi antara YY dengan firma guamannya kononnya bagi membantu komuniti dari sudut nasihat guaman.


Perkongsian video prosiding Inkues Baby Syifaa oleh YY melalui TikTok menaikkan imej si Hafiz Norkhan sebagai Peguam. 


Selain itu, YY yang selalu jelajah untuk bersama YYCC negeri membuka ruang untuk Hafiz Norkhan bersama dalam setiap jelajahnya. Sekaligus memberikan lebih ruang kepada Hafiz Norkhan untuk menarik sokongan dan pengaruh di kalangan hardcore YYCC.


Sepanjang kerjasama YY dan Hafiz Norkhan berjaya membuka mata ramai pihak di mana ramai pihak yang teraniaya pasti mencari dan mendapatkan pandangan YY dan Hafiz Norkhan.


Namun menjelang di saat akhir prosiding Inkues kes Baby Syifaa, Hafiz Norkhan mula mencipta masalah sehingga mengumumkan tarik diri sebagai Peguam kes Baby Syifaa. Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas dia dipanggil Bar Council. 


Tindakan Hafiz Norkhan menarik diri susulan keluarga tidak mahu menerima permintaan supaya menarik diri dan tidak meneruskan Inkues ketika giliran saksi yang penting iaitu Pegawai Penyiasat, Inspektor Thinagaran memberi keterangan.


Hafiz Norkhan cuba mempengaruhi keluarga dengan alasan Pegawai Penyiasat boleh disoal ketika saman sivil kelak. Tindakan Hafiz Norkhan tidak dipersetujui oleh YY dan selepas beberapa hari seorang pengadu dalam kes penipuan emas berkongsi kononnya bayar kepada YYCC tanpa pengetahuan Hafiz Norkhan. 


Selepas gagal memujuk keluarga tidak meneruskan prosiding Inkues. Hafiz Norkhan sebotaj dengan tidak memfailkan saksi pihak keluarga walaupun peguam wakilnya hadir bersama YY ke mahkamah.


Malah terdedah Hafiz Norkhan tidak serah nama saksi bersama “Rebuttal Report” untuk Hakim Koroner bagi pihak Dr. Ponrthip sekaligus pakar patalogi Thailand itu tidak dinamakan dalam senarai saksi pakar seperti keluarga harapkan.


Setelah sebotaj Baby Syifaa, Hafiz Norkhan mengatur gerakan dengan mempengaruhi guru yang dipercayai merupakan hardcore YYCC dan penyokong setia YY. 

Hafiz Norkhan menggunakan kemahirannya sebagai Peguam dalam mempengaruhi hardcore YYCC untuk  meninggalkan YY kerana Polis dikatakan akan tahan YY kerana menyeleweng duit sumbangan komuniti.


Hafiz Norkhan merangka naratif kononnya duit tabung diseleweng oleh YY. Naratif tersebut membangkitkan kemarahan ramai terhadap YY sehingga bapa mangsa En. Bada Hussain turut digunakan Hafiz Norkhan bagi menunjukkan YY seleweng duit Tabung Maisarah.


…… Ikuti sambungan Peguam Terlampau. Kami akan mendedahkan terperinci supaya individu lain yang melantik beliau tidak dianiaya seperti pengkhianatan beliau dalam membela kematian Baby Syifaa.



Rujukan Alternatif