Sunday, December 17, 2023

Hafiz Norkhan Peguam Sebotaj Klien

 


Siapa Hafiz Norkhan?


Dia berpengalaman 10 tahun sebagai Peguam, dan antara peguam kepada Jamal Pak Tongkol.


Masa PKP, Hafiz Norkhan jatuh terduduk kerana tiada klien, tiada job dan staff berhenti. 


Sehingga seorang rakan lama kepada Tn. Yuseri Yusoff (YY) rekemen Hafiz Norkan bagi prosiding Inkues Baby Syifaa.


YY di antara pempengaruh dalam kalangan golongan profesional yang menolak vaksin dan aktif bergerak melalui komuniti YYCC.


YYCC adalah sebuah komuniti seramai 50k ahli terdiri golongan profesional dan penjawat awam aktif melalui Telegram dan mempunyai pusat operasi atau centre yang terletak di Wangsa Maju.


Oleh kerana rakan lama rekemen maka Hafiz Norkhan dilantik sebagai Peguam bagi prosiding Inkues Baby Syifaa yang meninggal dunia di Taska dengan kesan jerutan pada leher tapi dinafikan Polis.


Difahamkan perkara pertama YY mengarahkan Hafiz Norkhan ke Bangkok, Thailand untuk bertemu dengan pakar patalogi, Dr. Pornthip. 


Rentetan berjaya mendekati YY, Peguam terlampau si Hafiz Norkhan melihat peluang besar melalui komuniti YYCC.


Lalu dicadangkan satu kolaborasi antara YY dengan firma guamannya kononnya bagi membantu komuniti dari sudut nasihat guaman.


Perkongsian video prosiding Inkues Baby Syifaa oleh YY melalui TikTok menaikkan imej si Hafiz Norkhan sebagai Peguam. 


Selain itu, YY yang selalu jelajah untuk bersama YYCC negeri membuka ruang untuk Hafiz Norkhan bersama dalam setiap jelajahnya. Sekaligus memberikan lebih ruang kepada Hafiz Norkhan untuk menarik sokongan dan pengaruh di kalangan hardcore YYCC.


Sepanjang kerjasama YY dan Hafiz Norkhan berjaya membuka mata ramai pihak di mana ramai pihak yang teraniaya pasti mencari dan mendapatkan pandangan YY dan Hafiz Norkhan.


Namun menjelang di saat akhir prosiding Inkues kes Baby Syifaa, Hafiz Norkhan mula mencipta masalah sehingga mengumumkan tarik diri sebagai Peguam kes Baby Syifaa. Pengumuman itu dibuat beberapa hari selepas dia dipanggil Bar Council. 


Tindakan Hafiz Norkhan menarik diri susulan keluarga tidak mahu menerima permintaan supaya menarik diri dan tidak meneruskan Inkues ketika giliran saksi yang penting iaitu Pegawai Penyiasat, Inspektor Thinagaran memberi keterangan.


Hafiz Norkhan cuba mempengaruhi keluarga dengan alasan Pegawai Penyiasat boleh disoal ketika saman sivil kelak. Tindakan Hafiz Norkhan tidak dipersetujui oleh YY dan selepas beberapa hari seorang pengadu dalam kes penipuan emas berkongsi kononnya bayar kepada YYCC tanpa pengetahuan Hafiz Norkhan. 


Selepas gagal memujuk keluarga tidak meneruskan prosiding Inkues. Hafiz Norkhan sebotaj dengan tidak memfailkan saksi pihak keluarga walaupun peguam wakilnya hadir bersama YY ke mahkamah.


Malah terdedah Hafiz Norkhan tidak serah nama saksi bersama “Rebuttal Report” untuk Hakim Koroner bagi pihak Dr. Ponrthip sekaligus pakar patalogi Thailand itu tidak dinamakan dalam senarai saksi pakar seperti keluarga harapkan.


Setelah sebotaj Baby Syifaa, Hafiz Norkhan mengatur gerakan dengan mempengaruhi guru yang dipercayai merupakan hardcore YYCC dan penyokong setia YY. 

Hafiz Norkhan menggunakan kemahirannya sebagai Peguam dalam mempengaruhi hardcore YYCC untuk  meninggalkan YY kerana Polis dikatakan akan tahan YY kerana menyeleweng duit sumbangan komuniti.


Hafiz Norkhan merangka naratif kononnya duit tabung diseleweng oleh YY. Naratif tersebut membangkitkan kemarahan ramai terhadap YY sehingga bapa mangsa En. Bada Hussain turut digunakan Hafiz Norkhan bagi menunjukkan YY seleweng duit Tabung Maisarah.


…… Ikuti sambungan Peguam Terlampau. Kami akan mendedahkan terperinci supaya individu lain yang melantik beliau tidak dianiaya seperti pengkhianatan beliau dalam membela kematian Baby Syifaa.



12 comments:

  1. Saya darı awal tak percaya Tuan YY sepeti yg digembar gemburkan…Allah maha berkuasa…Manusia bertopengkan kejahatan…Akhir Zaman dah kita…😡

    ReplyDelete
  2. Allahu akbar.astagfirullah

    ReplyDelete
  3. Dah macam ibarat melepaskan ANJING tersepit.memang anjing.ade chanel tele siap tau no mykid arwah baby syifaa..sape je yg tau selain peguam yang diamanahkan untuk lawan kes baby syifaa

    ReplyDelete
  4. Mamat y digelar peguam aku tgk sikit pon xcaya ngn si peguam berambut perang bawa skendel sini sana rambut beparg acah2 genster puuui!

    ReplyDelete
  5. X baik membongak.. beliau dah lama jadi lawyer... X dernyer kerana kes baby syifa baru dia melonjak naik .. agak2 ler nak spin pun...hopefully jangan ler percaya. Kalau nak sebut pasal Naratif, si YY pun boleh jadikan isu peguam sebagai naratif juga. Kalau tiap2 hari beliau meratip pasal isu peguam dan beliau mengaku tidak menyeleweng makanya pengikut2 akan percaya sebab hari2 dibrainwash benda yg sama. Jadi la bijak wahai sedara2 bila banyak bukti terhidang di depan mata.

    ReplyDelete
  6. Ni yg dia org hadapi hari2, PTT lah otal bengang btl.

    ReplyDelete
  7. Hidup jangan terlalu mendongak dan rasa diri kita dipandang orang. Semua orang ada kehidupan sendiri. Dunia ini bukan pusing berpaksikan hidup kita sorang saja sampai semua orang lain kena palitkan diri dlm cerita kita untuk boleh berjaya. Peguam Hafiz bukan peguam baru.

    Kurangkan cari salah orang. Banyakkan sedar diri sendiri. Tak semua orang minat pun nak sangat nak ambil tahu apatah lg nak libatkan diri dlm urusan hidup kita ni.

    Kita je perasan, rasa mcm orang sgt pandang kita. Rasa penting. Sebenarnya tak pun. Realitinya kita yang asyik angkat bakul sendiri.

    ReplyDelete
  8. hahaha spin selagi boleh spin. kerja keras nampak 🤣🤣🤣...yy yy 🤣🤣🤣

    ReplyDelete
  9. Tahniah tuan tunggang kematian utk raih sumbangan. Pandai buat duit..

    ReplyDelete
  10. Tunggang kematian anak utk buat duit. Terbaik

    ReplyDelete
  11. Tapi kenapa webpage donation tu dah xde? Dipadamkan. Bukan ke itu bukti bahawa donation pernah dikumpulkan

    ReplyDelete
  12. Hurmm rancak juga .. ... siap ada blog

    ReplyDelete

Thanks kerana tinggalkan komen-komen hot anda!!

Rujukan Alternatif